October 23, 2012

Ego; aneh.

Dunia ini memang aneh, bukan?
Semua sedang memaksa diri untuk menang.
Untuk jadi yang dibangga-banggakan, walau apa cara.
Halal, mahupun haram.
Namun pasti kalah dengan ego yang berlegar dalam jiwa.
Sedarkah? Ego mengawal gerak geri langkah kaki hati kita?
Tidak, tak semua sedar itu.
Kerna ego datang menyerang dalam diam.
Kadang diri sendiri juga tidak menyedari kewujudannya.
Kerana ego, manusia menjadi pecah belah.
Aneh.

Pergilah ego. Pergi!
Aku cuba letak kau jauh, namun?
Kau tetap kembali meresap ke nadi-nadi ku.
Lalu sebati dengan rongga tubuh.
Lalu bernyawa dalam jiwa.
Lalu sikap diri berubah; ego sedang mengawal.

Ego, sifat yang pasti wujud dalam diri.
Sama ada tinggi mahupun rendah.
Cuba kita buang, ludah, elak, tolak, keji, hina!
Ia tetap hadir.
Seperti menghantui diri, tanpa ada yang sedar.

Aneh.

04:38pm
23 Oktober 2012
Bandar Tasik Selatan

No comments:

Post a Comment